Jumaat, 14 Januari 2011

Cadangan Kaedah Penilaian Baru Kementerian Pelajaran Malaysia

"Penjawat awam selaku pelaksana dasar adalah komponen yang amat penting di dalam usaha negara merealisasikan wawasan kebangsaan. Tanpa agen pelaksana yang cekap, berkesan dan dinamik wawasan negara, akan hanya tinggal sekadar matlamat murni. Sehubungan dengan itu, dalam usaha berterusan menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambilkira maklumbalas para penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan atau PTK dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh pejawat awam menjelang Jun 2011."

Petikan Teks Ucapan Bajet 2011

Berdasarkan petikan di atas, pihak Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi KPM memohon kerjasama tuan/puan untuk memberi cadangan kaedah penilaian yang sesuai bagi warga KPM mengikut skim perkhidmatan.Maklumbalas ini sangat penting dan akan memberi impak terhadap para pegawai bagi setiap skim perkhidmatan di KPM. Sila nyatakan skim perkhidmatan dan gred jawatan bagi setiap cadangan tuan/puan dalam maklum balas tersebut.

Sebagai makluman, skim perkhidmatan dan gred jawatan yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Siswazah (PPPS), gred : DG54, DG52, DG48, DG44, DG41

2. Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), gred : DGA38, DGA34, DGA29, DG17(KUP)

3. Skim Anggota Khidmat Sokongan (AKS), gred 26, gred 17-22, gred 1-16

Pihak kami sangat memerlukan cadangan tuan/puan dalam penyediaan kerangka kaedah penilaian bagi KPM. Sila lengkapkan maklum balas pada atau sebelum 19 Disember 2010 (Ahad). Atas segala kerjasama tuan/puan berikan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

MAKLUM BALAS CADANGAN KAEDAH PENILAIAN BARU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tarikh Berita/News Date:
05/01/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan