Isnin, 3 Oktober 2011

Rabu, 14 September 2011

PERSIDANGAN PERWAKILAN TRI TAHUNAN KPPK(NUTP) KE-19

HOTEL IMPIANA,IPOH PERAK.
8 SEPT HINGGA 11 SEPT 2011
DELEGAT KELANTAN 2011-2014

Khamis, 30 Jun 2011

JAWATANKUASA NUTP CAWANGAN KELANTAN SESI 2011-2014

PENGERUSI
SDR.KAMARUDIN BIN HJ.IBRAHIM
NAIB PENGERUSI
SDR.JOHARI BIN AHMED
SETIAUSAHA KEHORMAT
SDR.AMINUDIN BIN AWANG
TIMBALAN SETIAUSAHA
SDR.DRS.ROSLAN BIN HUSIN
BENDAHARI KEHORMAT
SDR.W.MOHAMAD FADRI BIN GHAZALI
PENOLONG BENDAHARI
SDR.HJ.MUHAMMAD RUSLI BIN HJ.AB.HAMID
AHLI JAWATANKUASA
SDR.AZMI BIN MAT HARUN
SDR.HJ.WAN HASSAN BIN WAN SULAIMAN
SDR.IBRAHIM BIN HUSSIN
SDR.MOHD.AZHAR BIN ABU BAKAR
SDR.WAN.FOUZI BIN MOHD.YUSOF
SDR.ZAMRI BIN MOHAMAD
SDR AZMAN BIN MOHAMED@BUSU
SDR.MANIVANNAN A/L ARUMUGAN
SDR.MAZELAN BIN MOHAMED
SDRI.ASIAH BINTI OTHMAN
SDRI.MASRITA BINTI OTHMAN

Selasa, 21 Jun 2011

Jumaat, 17 Jun 2011

NOTIS MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KE-19 KPPK CAWANGAN KELANTAN
TARIKH:18 JUN 2011
MASA:8.30 Pagi~9.30 Pagi (Pendaftaran)
HOTEL GRAND RIVER VIEW
KOTA BHARU
SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR

Isnin, 30 Mei 2011











MAJLIS PERSARAAN MANTAN SETIAUSAHA KEHORMAT NUTP KELANTAN
HOTEL RENAISSANCE
29 MEI 2011
JEMPUTAN SUA NUTP DAN WAKIL-WAKIL NUTP SEMENANJUNG MALAYSIA DAN AJK NUTP KELANTAN.

Sabtu, 26 Mac 2011

TERKINI


JPN, PPD & Sekolah
Perisytiharan Hari Kelepasan Am Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V : pada 11 - 12 Nov 2011 Perisytiharan Hari Kelepasan Am Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V : PADA 11-12 November 2011


Guru

Kekosongan Jawatan Kaunselor Gred 44 (Terbuka) dan 41 (Terbuka) di Kementerian Pelajaran Malaysia : Tarikh Tutup 22 Mac 2011 Kaunselor Jawatan Gred Kekosongan 44 (Terbuka) dan 41 (Terbuka) di Malaysia Pelajaran Press : Tarikh Tutup 22 Mac 2011
Urusan Kenaikan Pangkat PPPS secara Time-Based KUP bagi perakuan calon cicir Tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 : 1 Feb - 28 Apr 2011 Hal Kenaikan pangkat PPPS Secara Sisa-Berdasarkan KUP BAGI perakuan calon cicir Tahun 2004 2005,, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 : 1 Februari - 28 April 2011

Jumaat, 14 Januari 2011

Guru kedua tumpu tugas sampingan

Cadangan ringan tugas pendidik, jamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

KUALA LUMPUR: Cadangan menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Peng, berkata antara lain guru pembantu boleh menumpukan kepada tugas sampingan lain seperti perkeranian serta pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi.

Katanya, guru pembantu juga boleh berperanan membantu murid yang menghadapi masalah seperti sakit atau demam ketika berada dalam kelas.

“Guru pembantu adalah cadangan yang baik, tetapi tidak boleh mengambil peranan sepenuhnya sebagai guru.

“Guru pembantu boleh membantu guru di bilik darjah, tetapi tugas mereka tidak boleh bertindih, contohnya jika lebih tertumpu kepada tugas perkeranian dan pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas cadangan itu, antara 28 perakuan dikemuka Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang peningkatan beban tugas guru, termasuk terlalu banyak penyertaan dalam kokurikulum dan sukan sehingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan.

Yim Peng turut mencadangkan Kementerian Pelajaran supaya melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak ke jawatan tetap selepas mereka berkhidmat dalam tempoh tertentu.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata pelaksanaan dua guru satu kelas dapat memberi faedah kepada murid kerana mudah untuk mengawasi mereka.

Katanya, guru boleh memberi tumpuan terhadap proses P&P, manakala guru pembantu berperanan memastikan proses berkenaan berjalan lancar di dalam bilik darjah.

“Justeru, guru pembantu perlu memiliki kelayakan Kursus Khas Perguruan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pendidikan atau mengambil mereka kalangan guru sandaran tak terlatih (GSTT) bagi memenuhi keperluan terbabit,” katanya.

Cadangan Kaedah Penilaian Baru Kementerian Pelajaran Malaysia

"Penjawat awam selaku pelaksana dasar adalah komponen yang amat penting di dalam usaha negara merealisasikan wawasan kebangsaan. Tanpa agen pelaksana yang cekap, berkesan dan dinamik wawasan negara, akan hanya tinggal sekadar matlamat murni. Sehubungan dengan itu, dalam usaha berterusan menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambilkira maklumbalas para penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan atau PTK dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh pejawat awam menjelang Jun 2011."

Petikan Teks Ucapan Bajet 2011

Berdasarkan petikan di atas, pihak Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi KPM memohon kerjasama tuan/puan untuk memberi cadangan kaedah penilaian yang sesuai bagi warga KPM mengikut skim perkhidmatan.Maklumbalas ini sangat penting dan akan memberi impak terhadap para pegawai bagi setiap skim perkhidmatan di KPM. Sila nyatakan skim perkhidmatan dan gred jawatan bagi setiap cadangan tuan/puan dalam maklum balas tersebut.

Sebagai makluman, skim perkhidmatan dan gred jawatan yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Siswazah (PPPS), gred : DG54, DG52, DG48, DG44, DG41

2. Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), gred : DGA38, DGA34, DGA29, DG17(KUP)

3. Skim Anggota Khidmat Sokongan (AKS), gred 26, gred 17-22, gred 1-16

Pihak kami sangat memerlukan cadangan tuan/puan dalam penyediaan kerangka kaedah penilaian bagi KPM. Sila lengkapkan maklum balas pada atau sebelum 19 Disember 2010 (Ahad). Atas segala kerjasama tuan/puan berikan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

MAKLUM BALAS CADANGAN KAEDAH PENILAIAN BARU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tarikh Berita/News Date:
05/01/2011

Isu Anjakan Gaji

Guru-guru yang terlibat dengan anjakan gaji tetapi belum menghadiri kursus BTN .

Sila kemukakan nama kepada NUTP dengan kadar segera.

Pihak NUTP akan kemukakan senarai nama guru-guru yang terlibat kepada Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rayuan.Sila kemukakan maklumat saudara/ saudari melalui emel mail@nutp.org / nutp@tm.net.my

Kursus BTN telah dimansuhkan pada tahun 2011.

Tarikh Berita/News Date:
11/01/2011